Kamis, Desember 25, 2008

Misteri Kematian Bruce Lee & Hari Terakhirnya


Khabar kematian Bruce Lee pada masa itu sangat mengejutkan, bahkan banyak yang tidak percaya.

"Dia sememangnya tidak berharap dapat hidup ke usia tua kerana tidak sanggup berdepan hakikat akan kehilangan semua kepercayaan fizikal yang dicapainya secara perit getir selama ini," kata balunya, Linda Lee Caldwell.

Malah, Bruce Lee yang turut dikenali kerana kepetahannya berfalsafah, juga pernah memberitahu Linda, "Jika mati esok sekali pun, sya tidak pernah menyimpan walau secalit pun rasa kesal. Saya sudah melakukan apa yang diingini. Apa lagi yang anda mahukan daripada hidup ini?"

Mungkin kerana 'masin mulut' Bruce Lee akhirnya mati muda dengan puncanya turut dilingkari misteri. Berbagai spekulasi tentang kematiannya bermunculan, seperti:


1. Dia dibunuh oleh gangster kerana menolak membayar wang keamanan, suatu praktik yang lazim dalan dunia perfileman Hong Kong saat itu.
2. Dia dibunuh anggota kongsi gelap Hong Kong yang marah kerana Bruce Lee telah menyebarkan kung fu kepada semua orang di penjuru dunia.
3. Bruce Lee dikutuk kerana telah membeli rumah berhantu.
4. Kebanyakan orang Cina yakin Bruce Lee tewas kerana terlalu keras berlatih kung fu.

Terlepas dari spekulasi tersebut, akhirnya doktor mengesahkan kematiannya disebabkan oleh Cerebral Edema, otaknya membengkak akibat alahan kepada aspirin yang sering diambilnya.

Video di atas adalah video sebenar suasana pada hari kematian Bruce Lee.

Rabu, Desember 24, 2008

Episod Akhir The Legend of Bruce Lee (Babak Kematian Bruce Lee)


Pastikan anda menonton episod akhir The Legend of Bruce Lee, episod ke 50, pada 25 Disember 2008, Khamis, jam 8.30 malam di 8TV. Dalam episod itu dipaparkan babak kematian Bruce Lee. Dipaparkan juga babak perlawanan Bruce Lee yang menarik. Video di atas merupakan sebahagian sedutan dari episod akhir tersebut. Bruce Lee meninggal disebabkan oleh Cerebral Edema (pembengkakan otak) akibat alahan kepada aspirin yang sering diambilnya.

Selasa, Desember 23, 2008

Bruce Lee: Tokoh Kung Fu, Ahli Falsafah dan Penyair

Bruce Lee adalah seorang tokoh kung fu yang menakjubkan. Dan ternyata dibalik kehandalannya memainkan jurus kung fu, Bruce Lee juga seorang ahli falsafah dan penyair yang cukup luar biasa.

Di sela-sela kesendiriannya, dia sering minat menulis puisi dan beberapa di antaranya dibukukan dalam buku biografi mengenainya iaitu Bruce Lee: Artist of Life. Falsafahnya juga cukup menarik, meskipun dilahirkan di Amerika namun Bruce Lee tidak melupakan darah cinanya, bahkan selepas itu ayahnya memulangkannya ke Hong Kong untuk bersekolah disana.

Bruce Lee telah mencipta seni pertahanan dirinya sendiri iaitu Jeet Kune Do. Konsepnya adalah membebaskan pengikutnya dari terikut setiap gaya manapun. Ia merupakan gabungan Kung Fu Wing Chun, Muay Thai, Karate, Jiu Jitsu dan seni pertahanan diri lainnya.

Bruce Lee dapat melakukan tekan tubi dengan satu tangan hanya dengan 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan terkadang dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari saja.


Bruce Lee juga berupaya memecahkan beg seberat 100 paun dengan satu tendangan. Aksi tangkasnya termasuk mengutip biji beras yang dibaling ke udara dengan hanya menggunakan kayu penyepit.

Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 detik dari jarak sekitar 1 meter ke targetnya. Bruce Lee juga telah memperkenalkan teknik tumbukan satu inci (one inch punch) iaitu tumbukan dari jarak 1 inci.

Bruce Lee juga pernah menulis buku seperti Chinese Gung Fu: The Philosophical Art of Self Defense dan Tao of Jeet Kune Do, yang mana
buku ini menjadi jualan yang terlaris. Satu lagi buku yang ditulis oleh Bruce Lee yang tidak sempat diterbitkan semasa hayatnya iaitu Bruce Lee's Fighting Method (4 siri), yang selepas itu diterbitkan pada tahun 1977 selepas beberapa tahun kematian Bruce Lee.

Bruce Lee meninggal pada usia muda, tepatnya 32. Seandainya dia masih hidup, saat ini u
sianya 68. DIa meninggal dengan suatu alasan misteri yang masih simpang siur. Meskipun dia seorang pelakon, satu hal yang patut dipuji, dia meninggal dengan satu isteri. Bahkan kalau sempat membaca beberapa puisinya, Bruce Lee termasuk salah seorang pemuja cinta.

Walaubagaimanapun, pemerintah Hong Kong ternyata tidak melupakan nasib pahlawannya dan mampu menghargai pahlawan, sekecil apapun peranannya. Bruce Lee memang tidak mati di medan perang, tapi dia adalah pahlawan seni yang abadi.

Beberapa petikan falsafah & kata-kata Bruce Lee:

"Jika awak cuba menghafal, awak akan kalah. Kosongkan fikiran. Jadi seperti air. Jika awak letakkan air dalam cawan ia akan berbentuk cawan. Dimasukkan teko ia berbentuk teko. Air boleh mengalir, merangkak, menitik atau melanggar. Airlah teman saya."

(Bruce Lee)

“Jangan menjadi pohon kaku yang mudah patah. Jadilah buluh yang mampu bertahan melengkung melawan terpaan angin.”

(Bruce Lee)


"Air adalah zat terlembut yang ada di dunia ini, tapi ia dapat melebur batu yang paling keras sekalipun, seperti batu granit. Air itu juga kukuh, maksudnya air tidak dapat mungkin digenggam. Siapapun tak dapat memukul atau menghancurkan air. Semua kung fu mencuba melakukan seperti itu. Lembut seperti air tapi sesuai untuk menghadapi lawan."

(Bruce Lee)

Beberapa baris petikan puisi Bruce Lee:

Read this poem I leave you, read it
When the silence of the world possesses you,
Or when you are fretted with disquiet.

(Rain, Bruce Lee)

The dying sun lies sadly in the far horizon.
The autumn wind blows mercilessly;
The yellow leaves fall.

(The Dying Sun, Bruce Lee)

In the moonlight slowly I move to a gung fu form.
Body and soul are fused into one.

(Walking Along The Bank Of Lake Washington, Bruce Lee)

Ip Man, Filem Tentang Kisah Hidup Guru Bruce Lee

Minat dengan filem-filem yang diangkat dari kisah nyata? Atau mungkin belum pernah lihat pertarungan ketika Bruce Lee bertanding? Kalau begitu jangan sampai terlewatkan menonton filem terbaru dari Mandarin Films Distribution iaitu Ip Man.

Filem ini diadaptasi dari kehidupan nyata Yip Man, juara Wing Chun, gaya ciri khas guru besar legenda Bruce Lee dan filem ini juga menampilkan rakaman-rakaman penting kehidupan Bruce Lee.

Keteguhan Ip atas Wing Chun merupakan contoh klasik akan cinta dan penghargaan terhadap wushu, kebebasan serta semangat seni pertahanan diri tersebut. Ip Man merupakan konsep, semangat dan cara berfikir yang mempresentasikan bentuk baru filem wushu di Hong Kong.

Dibintangi oleh Donnie Yen, Simon Yam, Fan Siu-Wong, Lynn Hung, Lam Ka-Tung dan Hiroyuki Ikeuchi serta diarahkan oleh Wilson Yip. Koregrafer aksi pertarungan bagi filem ini ialah pelakon aksi dan pengarah terkenal Hong Kong iaitu Sammo Hong.

Dengan taglinenya The celebrated Kung Fu master of Bruce Lee, filem ini telah beredar ke pawagam mulai 18 Disember 2008 lalu. Dan jangan mengaku cinta Bruce Lee kalau belum menonton Ip Man.




Kamis, Desember 18, 2008

Belajar Daripada Bruce Lee

Bruce Lee mencapai kejayaan besar dalam bidang beliau bukan sebagai takdir. Bukan juga nasib baik beliau. Malahan bukan disebabkan feng shui yang beliau amalkan di rumah beliau. Tetapi Bruce Lee berjaya kerana beliau tahu satu rahsia untuk beliau memperolehi apa yang beliau inginkan. Rahsia itu adalah rahsia kekuatan fokus atau intention atau kekuatan minda manusia. Tak percaya? Ini buktinya:

"Pada tahun 1980, saya yakin akan menjadi bintang filem di Amerika Syarikat dan dijamin akan memiliki $10 juta dolar. Dan saya akan kembali memberikan lakonan yang terbaik. Saya dapat memberikan setiap waktu saya di depan kamera dan saya akan berada dalam kedamaian dan keharmonian."

(Bruce Lee, 9 Januari 1970)

Surat ini ditulis dengan tulisan tangan oleh Bruce Lee sendiri dan masih tersimpan di Planet Hollywood di Los Angeles. Beliau mempunyai cita-cita besar dalam bidang yang beliau minati dan telah menulis secara rahsia cita-cita beliau tersebut. Tetapi, surat ini telah dijumpai dan di serahkan oleh ahli keluarga beliau. Dan kini surat ini telah disaksikan oleh beribu-ribu peminat beliau dan peminat mind power. Bruce lee tahu tentang rahsia menulis untuk mendapatkan apa yang beliau inginkan.

Apa sahaja matlamat anda, cita-cita anda atau keinginan anda selain disebut (affirmasi) di visual (visualisasi), tulis banyak kali sampai penat.