Jumat, April 17, 2009

JKD Bukanlah Sebuah Kelab Bruce Lee

Beberapa waktu lalu saya ditelefon oleh seorang kawan yang ingin menanyakan betul atau tidaknya khabar bahawa Bruce Lee pernah kalah bertarung ketika menentang seorang guru silat gayong dari Malaysia. Rupanya kawan saya itu membaca di internet, tepatnya disini:
http://www.geocities.com/gayong_utmkl/mahaguru.html

Lebih jauh lagi, ia juga mencuba mengkonfirmasi khabar yang ia baca dari suatu mailing list bahawa Bruce Lee pernah datang ke Bogor untuk menentang seorang guru Cimande, dan terpental jauh sebelum mampu menyentuh tubuh sang jawara Cimande. Jawaban saya kelihatannya tidak terlalu memuaskan sang kawan. Walaupun khabar-khabar itu terdengar konyol setengah mati, namun saya sebagai orang yg mendalami JKD sama sekali tidak tertarik menanggapinya.

Mengapa begitu? kerana buat seorang penganut JKD, yang sebetulnya patut dikagumi dari Bruce Lee adalah konsep teknik beladiri yg ia susun secara ilmiah, jujur, dan revolusioner. JKD bukanlah sebuah Bruce Lee Fans Club. Bruce Lee bisa saja kalah, K.O, cedera dll, tapi konsep JKDnya terbukti telah membuka mata banyak orang yg berani jujur pada dirinya sendiri dengan mempertanyakan berbagai sistem seni bela diri.

Karakter Bruce Lee dalam berbagai filemnya memang sering membuat banyak orang terkecoh. Orang seringkali memberi stigma arogan, angkuh, 'raja kungfu', sok, sombong dll. Hanya dengan menilai karakter Bruce Lee dalam filem-filemnya. Tidak banyak orang yg tahu atau mahu tahu bahawa Bruce Lee sebenarnya orang yg terbuka fikirannya dan banyak belajar kepada orang lain. Ia belajar berbagai aliran Kungfu, ia belajar grappling pada Gene LeBell sang jawara Judo, bahkan Bruce Lee belajar memainkan senjata dari muridnya sendiri Dan inosanto.

Lagi pula, Bruce Lee adalah superstar. Banyak orang berusaha mengasosiasikan dirinya dengan Bruce Lee (pernah mengajari Bruce Lee, pernah meng-KO Bruce Lee dll). Selalu ada saja orang yang berusaha "numpang ngetop" dengan menletakkan nama Bruce Lee. Tapi sekali lagi, kalaupun Bruce Lee kalah dari orang lain maka justeru itu merupakan berita menggembirakan kerana bererti Bruce Lee belajar banyak dari orang lain.

Kita lebih banyak belajar ketika kita kalah daripada ketika kita menang bukan?

Sikap seperti ini mungkin sulit dimengerti buat beberapa perguruan bela diri lain yg seringkali mengkultuskan guru besarnya. Seorang penganut JKD sejati haruslah kritis, bahkan terhadap Guru Besarnya sendiri. Contohnya, kurikulum JKD sekarang sudah berbeza dengan yang digunakan Bruce Lee pada masa lalu. JKD harus terus dinamis dan kritis. Buat saya, sikap mengkultuskan individu Guru Besar bukanlah sikap perguruan bela diri, sikap seperti itu adalah sikap sebuah Fans Club.

Semoga bermanfaat.

Dipetik dari:
http://jalanpetarung.blogspot.com/2007/07/artikel-jkd-is-not-bruce-lee-fans-club.html

Sabtu, Maret 28, 2009

Kata-Kata dan Falsafah Bruce Lee

“Mengetahui tidaklah cukup, kita harus mengaplikasikannya. Keinginan belumlah cukup, kita harus melakukannya.”

"Memiliki sesuatu yang dimulai dalam fikiran."

"Saya tidak takut kepada sesiapa yang telah mempraktikkan 10,000 tendangan sekali, tetapi saya takut sesiapa yang telah melakukan 10,000 tendangan setiap kali."

"Jika anda terlalu banyak menghabiskan waktu berfikir tentang sesuatu, anda tidak akan pernah boleh melakukannya.

"Kesederhanaan ialah kunci kepada kecemerlangan."

Bruce Lee, Legenda Selamanya





Kamis, Januari 01, 2009

5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack)

5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack) merupakan di antara teknik-teknik Jeet Kune Do (JKD) yang utama & asas. Berikut diterangkan secara lebih lanjut mengenai teknik 5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack) beserta gambarnya sekali.

1. Kombinasi Serangan (ABC - Attack By Combination)
Penting untuk mengetahui berbagai macam kombinasi serangan. Serangan kombinasi harus memperhatikan unsur kesinambungan, jangan sampai mati langkah atau justeru membahayakan diri sendiri.

2. Serangan Pelumpuhan Tangan (HIA - Hand Immobilization Attack)
Cara menyerang dengan mendorong, menarik, dan mengawal
bahagian tubuh lawan. Grappler biasanya memakai model serangan seperti ini, dengan mengawal bahagian tubuh lawannya.







3. Serangan Tidak Terus Progresif (PIA - Progressive Indirect Attack)
Serangan ke arah suatu sasaran namun di tengah jalan berubah menuju sasaran lain. Misalnya: Jab ke arah hidung, di tengah jalan berubah ke arah perut.








4. Serangan Terus Perseorangan (SDA - Single Direct Attack)
Unsur kejutan sangat memainkan peranan penting dalam pelaksanaan teknik ini. Misalnya: Sebuah jab, langsung ke arah hidung lawan
.








5. Lukisan Serangan (ABD - Attack By Drawing)
Tangan turun, kepala mundur, kaki depan maju sedikit atau menendang, ketika lawan memukul, ia shooting dan take down. Teknik-teknik silat juga banyak menggunakan bukaan-bukaan yang sifatnya memancing lawan untuk masuk dan ketika lawan menyerang kita sudah menyiapkan serangan untuknya.






Itulah beberapa teknik yang perlu difahami untuk menyerang dalam perlawanan. Namun perlu diingat bahawa teori tidak pernah cukup untuk difahamkan. Sangat penting sekali untuk dipraktikkan.

Kamis, Desember 25, 2008

Misteri Kematian Bruce Lee & Hari Terakhirnya


Khabar kematian Bruce Lee pada masa itu sangat mengejutkan, bahkan banyak yang tidak percaya.

"Dia sememangnya tidak berharap dapat hidup ke usia tua kerana tidak sanggup berdepan hakikat akan kehilangan semua kepercayaan fizikal yang dicapainya secara perit getir selama ini," kata balunya, Linda Lee Caldwell.

Malah, Bruce Lee yang turut dikenali kerana kepetahannya berfalsafah, juga pernah memberitahu Linda, "Jika mati esok sekali pun, sya tidak pernah menyimpan walau secalit pun rasa kesal. Saya sudah melakukan apa yang diingini. Apa lagi yang anda mahukan daripada hidup ini?"

Mungkin kerana 'masin mulut' Bruce Lee akhirnya mati muda dengan puncanya turut dilingkari misteri. Berbagai spekulasi tentang kematiannya bermunculan, seperti:


1. Dia dibunuh oleh gangster kerana menolak membayar wang keamanan, suatu praktik yang lazim dalan dunia perfileman Hong Kong saat itu.
2. Dia dibunuh anggota kongsi gelap Hong Kong yang marah kerana Bruce Lee telah menyebarkan kung fu kepada semua orang di penjuru dunia.
3. Bruce Lee dikutuk kerana telah membeli rumah berhantu.
4. Kebanyakan orang Cina yakin Bruce Lee tewas kerana terlalu keras berlatih kung fu.

Terlepas dari spekulasi tersebut, akhirnya doktor mengesahkan kematiannya disebabkan oleh Cerebral Edema, otaknya membengkak akibat alahan kepada aspirin yang sering diambilnya.

Video di atas adalah video sebenar suasana pada hari kematian Bruce Lee.

Rabu, Desember 24, 2008

Episod Akhir The Legend of Bruce Lee (Babak Kematian Bruce Lee)


Pastikan anda menonton episod akhir The Legend of Bruce Lee, episod ke 50, pada 25 Disember 2008, Khamis, jam 8.30 malam di 8TV. Dalam episod itu dipaparkan babak kematian Bruce Lee. Dipaparkan juga babak perlawanan Bruce Lee yang menarik. Video di atas merupakan sebahagian sedutan dari episod akhir tersebut. Bruce Lee meninggal disebabkan oleh Cerebral Edema (pembengkakan otak) akibat alahan kepada aspirin yang sering diambilnya.

Selasa, Desember 23, 2008

Bruce Lee: Tokoh Kung Fu, Ahli Falsafah dan Penyair

Bruce Lee adalah seorang tokoh kung fu yang menakjubkan. Dan ternyata dibalik kehandalannya memainkan jurus kung fu, Bruce Lee juga seorang ahli falsafah dan penyair yang cukup luar biasa.

Di sela-sela kesendiriannya, dia sering minat menulis puisi dan beberapa di antaranya dibukukan dalam buku biografi mengenainya iaitu Bruce Lee: Artist of Life. Falsafahnya juga cukup menarik, meskipun dilahirkan di Amerika namun Bruce Lee tidak melupakan darah cinanya, bahkan selepas itu ayahnya memulangkannya ke Hong Kong untuk bersekolah disana.

Bruce Lee telah mencipta seni pertahanan dirinya sendiri iaitu Jeet Kune Do. Konsepnya adalah membebaskan pengikutnya dari terikut setiap gaya manapun. Ia merupakan gabungan Kung Fu Wing Chun, Muay Thai, Karate, Jiu Jitsu dan seni pertahanan diri lainnya.

Bruce Lee dapat melakukan tekan tubi dengan satu tangan hanya dengan 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan terkadang dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari saja.


Bruce Lee juga berupaya memecahkan beg seberat 100 paun dengan satu tendangan. Aksi tangkasnya termasuk mengutip biji beras yang dibaling ke udara dengan hanya menggunakan kayu penyepit.

Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 detik dari jarak sekitar 1 meter ke targetnya. Bruce Lee juga telah memperkenalkan teknik tumbukan satu inci (one inch punch) iaitu tumbukan dari jarak 1 inci.

Bruce Lee juga pernah menulis buku seperti Chinese Gung Fu: The Philosophical Art of Self Defense dan Tao of Jeet Kune Do, yang mana
buku ini menjadi jualan yang terlaris. Satu lagi buku yang ditulis oleh Bruce Lee yang tidak sempat diterbitkan semasa hayatnya iaitu Bruce Lee's Fighting Method (4 siri), yang selepas itu diterbitkan pada tahun 1977 selepas beberapa tahun kematian Bruce Lee.

Bruce Lee meninggal pada usia muda, tepatnya 32. Seandainya dia masih hidup, saat ini u
sianya 68. DIa meninggal dengan suatu alasan misteri yang masih simpang siur. Meskipun dia seorang pelakon, satu hal yang patut dipuji, dia meninggal dengan satu isteri. Bahkan kalau sempat membaca beberapa puisinya, Bruce Lee termasuk salah seorang pemuja cinta.

Walaubagaimanapun, pemerintah Hong Kong ternyata tidak melupakan nasib pahlawannya dan mampu menghargai pahlawan, sekecil apapun peranannya. Bruce Lee memang tidak mati di medan perang, tapi dia adalah pahlawan seni yang abadi.

Beberapa petikan falsafah & kata-kata Bruce Lee:

"Jika awak cuba menghafal, awak akan kalah. Kosongkan fikiran. Jadi seperti air. Jika awak letakkan air dalam cawan ia akan berbentuk cawan. Dimasukkan teko ia berbentuk teko. Air boleh mengalir, merangkak, menitik atau melanggar. Airlah teman saya."

(Bruce Lee)

“Jangan menjadi pohon kaku yang mudah patah. Jadilah buluh yang mampu bertahan melengkung melawan terpaan angin.”

(Bruce Lee)


"Air adalah zat terlembut yang ada di dunia ini, tapi ia dapat melebur batu yang paling keras sekalipun, seperti batu granit. Air itu juga kukuh, maksudnya air tidak dapat mungkin digenggam. Siapapun tak dapat memukul atau menghancurkan air. Semua kung fu mencuba melakukan seperti itu. Lembut seperti air tapi sesuai untuk menghadapi lawan."

(Bruce Lee)

Beberapa baris petikan puisi Bruce Lee:

Read this poem I leave you, read it
When the silence of the world possesses you,
Or when you are fretted with disquiet.

(Rain, Bruce Lee)

The dying sun lies sadly in the far horizon.
The autumn wind blows mercilessly;
The yellow leaves fall.

(The Dying Sun, Bruce Lee)

In the moonlight slowly I move to a gung fu form.
Body and soul are fused into one.

(Walking Along The Bank Of Lake Washington, Bruce Lee)