Minggu, November 30, 2008

Tontoni The Legend of Bruce Lee Sepanjang Bulan Disember Ini

Tontoni The Legend of Bruce Lee sepanjang bulan Disember ini di 8TV, Malaysia kerana banyak terdapat episod & babak yang menarik. Antaranya, kisah Bruce Lee membuat persembahan pada pertandingan karate sedunia dengan memperkenalkan seni pertahanan diri ciptaannya iaitu jkd, kisah Bruce Lee menjadi bintang filem terkenal, babak aksi jkd, babak The Green Hornet, babak Fist of Fury, babak Game of Death dan lainnya. Ini kerana juga, bulan Disember ini, drama ini akan berakhir penayangannya. Iaitu pada 25 Disember 2008, episod 40, episod yang terakhir. Pada episod akhir nanti, akan dipaparkan kisah kematian Bruce Lee. Jadi, anda sentiasalah ikuti episod-episod menarik dalam drama ini sepanjang bulan Disember ini sambil menyelami falsafah Bruce Lee yang begitu banyak sekali dipaparkan dalam drama ini.

Tidak ada komentar: