Kamis, Januari 01, 2009

5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack)

5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack) merupakan di antara teknik-teknik Jeet Kune Do (JKD) yang utama & asas. Berikut diterangkan secara lebih lanjut mengenai teknik 5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack) beserta gambarnya sekali.

1. Kombinasi Serangan (ABC - Attack By Combination)
Penting untuk mengetahui berbagai macam kombinasi serangan. Serangan kombinasi harus memperhatikan unsur kesinambungan, jangan sampai mati langkah atau justeru membahayakan diri sendiri.

2. Serangan Pelumpuhan Tangan (HIA - Hand Immobilization Attack)
Cara menyerang dengan mendorong, menarik, dan mengawal
bahagian tubuh lawan. Grappler biasanya memakai model serangan seperti ini, dengan mengawal bahagian tubuh lawannya.







3. Serangan Tidak Terus Progresif (PIA - Progressive Indirect Attack)
Serangan ke arah suatu sasaran namun di tengah jalan berubah menuju sasaran lain. Misalnya: Jab ke arah hidung, di tengah jalan berubah ke arah perut.








4. Serangan Terus Perseorangan (SDA - Single Direct Attack)
Unsur kejutan sangat memainkan peranan penting dalam pelaksanaan teknik ini. Misalnya: Sebuah jab, langsung ke arah hidung lawan
.








5. Lukisan Serangan (ABD - Attack By Drawing)
Tangan turun, kepala mundur, kaki depan maju sedikit atau menendang, ketika lawan memukul, ia shooting dan take down. Teknik-teknik silat juga banyak menggunakan bukaan-bukaan yang sifatnya memancing lawan untuk masuk dan ketika lawan menyerang kita sudah menyiapkan serangan untuknya.






Itulah beberapa teknik yang perlu difahami untuk menyerang dalam perlawanan. Namun perlu diingat bahawa teori tidak pernah cukup untuk difahamkan. Sangat penting sekali untuk dipraktikkan.

4 komentar:

Charles Wong mengatakan...

Awesome blog beb! You mesti peminat No.1 Bruce Lee di Malaysia. Cara sususan and isi blog nie cukup menarik and berguna utk sapa2 yg berminat dlm seni MA. Kandungan yg tepat mengenai JKD, tabik! You train kat mana? Ada guru JKD yg sah di sini ke?

Best Regards,

Muhammad Abdulloh Suradi mengatakan...

Terima kasih Charles. Ya, sy memang minat sekali dengan Bruce Lee. JKD ni sy tak belajar dari siapa2. Sy belajar sendiri je JKD ni. Sy belajar dari buku2 Bruce Lee & filem2 Bruce Lee je.

Dulu sy pernah belajar Tae Kwon Do sampai tali pinggang biru. Selepas tu, sy berhenti dah. Sy beralih ke JKD Bruce Lee. Sy belajar & kaji sendiri JKD. Sy lebih tertarik dengan falsafah JKD Bruce Lee ni.
Setahu sy, sekarang ni tiada siapa2 dah yg mengajar JKD di Malaysia. Dulu sy pernah dengar ada di selangor. Tapi sekarang tak tahulah ada ke lagi tempat tu.

zachary mengatakan...

Hi, saya ade check tempat ni kat Hartamas namanya Allied Martial Combat, memang ada kelas JKD tapi tak taulah instructor dia certified ke tak.
Esok, saya nak pergi tengok sendiri training diorang. Tapi yang peliknya tempat ni tak de MOOK JUNG ( wooden dummy )
Kalau nak ikutkan falsafah Bruce Lee, rasanya usia bukan faktor nak belajar JKD ye tak?
Saya dah 27, dulu ade background karate Shito-Ryu tapi dah bertahun dah tinggal. Lutut kiri pun dah tercabut time main bola.
Saya tekad nak belajar JKD ni. Kalau awak ada tempat nak rekomen, please contact e mail saya ye.
Thank you:)

Kaka(Haizar/子健) mengatakan...

Salam, Saye ade terjumpe yg Pak Cik ade hasilkan Buku tentang JKD. Sekarang masih ade di pasaran x? Klau ade bleh saye dimane bleh saye beli dan name buku..
Saye Haizar. Berumur 15 ta0n minat sangat nak belajar JKD kerane untuk self-defense Saye..