Senin, Maret 31, 2008

The Legend of Bruce Lee (2008), Filem Bersiri


Televisyen negara China membuat filem bersiri 40 bahagian tentang kehidupan tokoh kung fu terkenal, Bruce Lee.


Filem bersiri berjudul The Legend of Bruce Lee dibuat di lokasi China selatan dan dibintangi aktor Chan Kwok-kwan, yang mengatakan dia "gugup tetapi juga gembira" tentang peranannya itu.

Bruce Lee, yang lahir di San Francisco, terkenal sebagai aktor filem kung fu dari 40 filem termasuk Enter the Dragon.

Dia meninggal dunia di Hong Kong tahun 1973 pada usia 32 tahun, setelah menderita pembengkakan pada otak.

Pengambilan filem bersiri ini dimulai akhir pekan lalu di Shunde, di provinsi Guangdong, tempat muzium Bruce Lee dibuka lima tahun lalu.

Ayah dan abang Lee juga lahir di kota itu, namun Bruce Lee hanya satu kali mengunjungi kota itu semasa hidupnya, pada usia lima tahun.

Produksi filem itu diertikan sebagai cara bagi mempromosikan kebudayaan Cina di peringkat antarabangsa menjelang Olimpik di Beijing tahun 2008.

Kantor Berita Xinhua mengatakan siri televisyen yang mendapat dana 50 million yuan (£3,3 juta) ini sebahagian juga akan difilemkan di Hong Kong dan Amerika Syarikat.