Kamis, Desember 25, 2008

Misteri Kematian Bruce Lee & Hari Terakhirnya


Khabar kematian Bruce Lee pada masa itu sangat mengejutkan, bahkan banyak yang tidak percaya.

"Dia sememangnya tidak berharap dapat hidup ke usia tua kerana tidak sanggup berdepan hakikat akan kehilangan semua kepercayaan fizikal yang dicapainya secara perit getir selama ini," kata balunya, Linda Lee Caldwell.

Malah, Bruce Lee yang turut dikenali kerana kepetahannya berfalsafah, juga pernah memberitahu Linda, "Jika mati esok sekali pun, sya tidak pernah menyimpan walau secalit pun rasa kesal. Saya sudah melakukan apa yang diingini. Apa lagi yang anda mahukan daripada hidup ini?"

Mungkin kerana 'masin mulut' Bruce Lee akhirnya mati muda dengan puncanya turut dilingkari misteri. Berbagai spekulasi tentang kematiannya bermunculan, seperti:


1. Dia dibunuh oleh gangster kerana menolak membayar wang keamanan, suatu praktik yang lazim dalan dunia perfileman Hong Kong saat itu.
2. Dia dibunuh anggota kongsi gelap Hong Kong yang marah kerana Bruce Lee telah menyebarkan kung fu kepada semua orang di penjuru dunia.
3. Bruce Lee dikutuk kerana telah membeli rumah berhantu.
4. Kebanyakan orang Cina yakin Bruce Lee tewas kerana terlalu keras berlatih kung fu.

Terlepas dari spekulasi tersebut, akhirnya doktor mengesahkan kematiannya disebabkan oleh Cerebral Edema, otaknya membengkak akibat alahan kepada aspirin yang sering diambilnya.

Video di atas adalah video sebenar suasana pada hari kematian Bruce Lee.

Rabu, Desember 24, 2008

Episod Akhir The Legend of Bruce Lee (Babak Kematian Bruce Lee)


Pastikan anda menonton episod akhir The Legend of Bruce Lee, episod ke 50, pada 25 Disember 2008, Khamis, jam 8.30 malam di 8TV. Dalam episod itu dipaparkan babak kematian Bruce Lee. Dipaparkan juga babak perlawanan Bruce Lee yang menarik. Video di atas merupakan sebahagian sedutan dari episod akhir tersebut. Bruce Lee meninggal disebabkan oleh Cerebral Edema (pembengkakan otak) akibat alahan kepada aspirin yang sering diambilnya.

Selasa, Desember 23, 2008

Bruce Lee: Tokoh Kung Fu, Ahli Falsafah dan Penyair

Bruce Lee adalah seorang tokoh kung fu yang menakjubkan. Dan ternyata dibalik kehandalannya memainkan jurus kung fu, Bruce Lee juga seorang ahli falsafah dan penyair yang cukup luar biasa.

Di sela-sela kesendiriannya, dia sering minat menulis puisi dan beberapa di antaranya dibukukan dalam buku biografi mengenainya iaitu Bruce Lee: Artist of Life. Falsafahnya juga cukup menarik, meskipun dilahirkan di Amerika namun Bruce Lee tidak melupakan darah cinanya, bahkan selepas itu ayahnya memulangkannya ke Hong Kong untuk bersekolah disana.

Bruce Lee telah mencipta seni pertahanan dirinya sendiri iaitu Jeet Kune Do. Konsepnya adalah membebaskan pengikutnya dari terikut setiap gaya manapun. Ia merupakan gabungan Kung Fu Wing Chun, Muay Thai, Karate, Jiu Jitsu dan seni pertahanan diri lainnya.

Bruce Lee dapat melakukan tekan tubi dengan satu tangan hanya dengan 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan terkadang dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari saja.


Bruce Lee juga berupaya memecahkan beg seberat 100 paun dengan satu tendangan. Aksi tangkasnya termasuk mengutip biji beras yang dibaling ke udara dengan hanya menggunakan kayu penyepit.

Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 detik dari jarak sekitar 1 meter ke targetnya. Bruce Lee juga telah memperkenalkan teknik tumbukan satu inci (one inch punch) iaitu tumbukan dari jarak 1 inci.

Bruce Lee juga pernah menulis buku seperti Chinese Gung Fu: The Philosophical Art of Self Defense dan Tao of Jeet Kune Do, yang mana
buku ini menjadi jualan yang terlaris. Satu lagi buku yang ditulis oleh Bruce Lee yang tidak sempat diterbitkan semasa hayatnya iaitu Bruce Lee's Fighting Method (4 siri), yang selepas itu diterbitkan pada tahun 1977 selepas beberapa tahun kematian Bruce Lee.

Bruce Lee meninggal pada usia muda, tepatnya 32. Seandainya dia masih hidup, saat ini u
sianya 68. DIa meninggal dengan suatu alasan misteri yang masih simpang siur. Meskipun dia seorang pelakon, satu hal yang patut dipuji, dia meninggal dengan satu isteri. Bahkan kalau sempat membaca beberapa puisinya, Bruce Lee termasuk salah seorang pemuja cinta.

Walaubagaimanapun, pemerintah Hong Kong ternyata tidak melupakan nasib pahlawannya dan mampu menghargai pahlawan, sekecil apapun peranannya. Bruce Lee memang tidak mati di medan perang, tapi dia adalah pahlawan seni yang abadi.

Beberapa petikan falsafah & kata-kata Bruce Lee:

"Jika awak cuba menghafal, awak akan kalah. Kosongkan fikiran. Jadi seperti air. Jika awak letakkan air dalam cawan ia akan berbentuk cawan. Dimasukkan teko ia berbentuk teko. Air boleh mengalir, merangkak, menitik atau melanggar. Airlah teman saya."

(Bruce Lee)

“Jangan menjadi pohon kaku yang mudah patah. Jadilah buluh yang mampu bertahan melengkung melawan terpaan angin.”

(Bruce Lee)


"Air adalah zat terlembut yang ada di dunia ini, tapi ia dapat melebur batu yang paling keras sekalipun, seperti batu granit. Air itu juga kukuh, maksudnya air tidak dapat mungkin digenggam. Siapapun tak dapat memukul atau menghancurkan air. Semua kung fu mencuba melakukan seperti itu. Lembut seperti air tapi sesuai untuk menghadapi lawan."

(Bruce Lee)

Beberapa baris petikan puisi Bruce Lee:

Read this poem I leave you, read it
When the silence of the world possesses you,
Or when you are fretted with disquiet.

(Rain, Bruce Lee)

The dying sun lies sadly in the far horizon.
The autumn wind blows mercilessly;
The yellow leaves fall.

(The Dying Sun, Bruce Lee)

In the moonlight slowly I move to a gung fu form.
Body and soul are fused into one.

(Walking Along The Bank Of Lake Washington, Bruce Lee)

Ip Man, Filem Tentang Kisah Hidup Guru Bruce Lee

Minat dengan filem-filem yang diangkat dari kisah nyata? Atau mungkin belum pernah lihat pertarungan ketika Bruce Lee bertanding? Kalau begitu jangan sampai terlewatkan menonton filem terbaru dari Mandarin Films Distribution iaitu Ip Man.

Filem ini diadaptasi dari kehidupan nyata Yip Man, juara Wing Chun, gaya ciri khas guru besar legenda Bruce Lee dan filem ini juga menampilkan rakaman-rakaman penting kehidupan Bruce Lee.

Keteguhan Ip atas Wing Chun merupakan contoh klasik akan cinta dan penghargaan terhadap wushu, kebebasan serta semangat seni pertahanan diri tersebut. Ip Man merupakan konsep, semangat dan cara berfikir yang mempresentasikan bentuk baru filem wushu di Hong Kong.

Dibintangi oleh Donnie Yen, Simon Yam, Fan Siu-Wong, Lynn Hung, Lam Ka-Tung dan Hiroyuki Ikeuchi serta diarahkan oleh Wilson Yip. Koregrafer aksi pertarungan bagi filem ini ialah pelakon aksi dan pengarah terkenal Hong Kong iaitu Sammo Hong.

Dengan taglinenya The celebrated Kung Fu master of Bruce Lee, filem ini telah beredar ke pawagam mulai 18 Disember 2008 lalu. Dan jangan mengaku cinta Bruce Lee kalau belum menonton Ip Man.




Kamis, Desember 18, 2008

Belajar Daripada Bruce Lee

Bruce Lee mencapai kejayaan besar dalam bidang beliau bukan sebagai takdir. Bukan juga nasib baik beliau. Malahan bukan disebabkan feng shui yang beliau amalkan di rumah beliau. Tetapi Bruce Lee berjaya kerana beliau tahu satu rahsia untuk beliau memperolehi apa yang beliau inginkan. Rahsia itu adalah rahsia kekuatan fokus atau intention atau kekuatan minda manusia. Tak percaya? Ini buktinya:

"Pada tahun 1980, saya yakin akan menjadi bintang filem di Amerika Syarikat dan dijamin akan memiliki $10 juta dolar. Dan saya akan kembali memberikan lakonan yang terbaik. Saya dapat memberikan setiap waktu saya di depan kamera dan saya akan berada dalam kedamaian dan keharmonian."

(Bruce Lee, 9 Januari 1970)

Surat ini ditulis dengan tulisan tangan oleh Bruce Lee sendiri dan masih tersimpan di Planet Hollywood di Los Angeles. Beliau mempunyai cita-cita besar dalam bidang yang beliau minati dan telah menulis secara rahsia cita-cita beliau tersebut. Tetapi, surat ini telah dijumpai dan di serahkan oleh ahli keluarga beliau. Dan kini surat ini telah disaksikan oleh beribu-ribu peminat beliau dan peminat mind power. Bruce lee tahu tentang rahsia menulis untuk mendapatkan apa yang beliau inginkan.

Apa sahaja matlamat anda, cita-cita anda atau keinginan anda selain disebut (affirmasi) di visual (visualisasi), tulis banyak kali sampai penat.

Minggu, November 30, 2008

Fakta-Fakta Tentang Bruce Lee Yang Anda Tidak Ketahui



1. Bruce Lee memiliki cacat bawahan: Kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya memakai cermin mata yang cukup tebal dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah ada dari zaman dahulu.

3. Bruce Lee bukan 100% cina, ibunya Grace Lee adalah campuran cina & jerman, jadi boleh dikatakan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.

4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam filem pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.

5. Dalam suatu lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dengan judul "My Definite Chief Aim" terjual seharga US$29,500.

6. Kecepatan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 detik dari jarak sekitar 1 meter ke targetnya.

7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk ukurannya, dia dapat melakukan tekan tubi 50 kali dengan satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Lee) yang segitu gede tidak pernah menang panco lawan Bruce Lee.

8. Bruce Lee dapat melakukan tekan tubi dengan satu tangan hanya dengan 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan terkadang dengan dua tangan, namun hanya menggunakan ibu jari saja.

9. Bruce Lee mempopularkan teknik 'one inch punch' yaitu tinju dari jarak 1 inci, dan pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo asal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Di sini terlihat pejudo itu ditumbuk dari jarak 1 inci sampai terangkat kedua kakinya dari lantai.

10. Pada umur 13 tahun, Bruce Lee berguru pada Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada waktu itu ia ikut geng dan sering bergaduh dengan geng lain. Dia berfikir kalau teman-teman gengnya sedang tidak bersamanya, bagaimana jika dia diserang ramai.

11. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.

12. Bruce Lee hanya memiliki 1% berat badan, dimana seorang lelaki normal umumnya memiliki sekitar 15-20% berat badan.

13. Di Amerika, Bruce Lee mengajarkan kung fu kepada semua bangsa dgn tidak pilih-pilih dan kerana itu dia ditentang oleh perguruan kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia kung fu China kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima tentangan itu dan mengajar wakil dari perguruan tersebut dalam waktu 3 minit. Bruce Lee kecewa, menurut dia perkelahian haruslah berlangsung dalam beberapa detik. Dari sini dia mulai berlatih lebih keras lagi, dan menemukan konsep 'Jeet Kune Do'.

14. Filem Dragon: The Bruce Lee Story yang dilakonkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak benar dalam menggambarkan kisah nyata Bruce Lee. Dalam filem itu, Bruce Lee ditendang tulang belakangnya, menjadi lumpuh dan harus duduk di kerusi roda. Dalam kejadian nyata, cedera Bruce Lee disebabkan kerana dia berlatih dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan cedera tulang belakang dan sebenarnya dia tidak pernah duduk di kerusi roda.

15. Dalam istirehat dari cedera tulang belakangnya Bruce Lee selama 6 bulan, terciptalah buku 'Tao of Jeet Kune Do' yang menjadi buku terlaris.

16. Beberapa waktu sebelum kematian Bruce Lee, pa qua (sejenis azimat yang dipercaya dapat menangkal evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatuh tertiup angin.

17. Pada hari kematiannya, ditemukan kandungan hasish/ganja pada tubuh Bruce Lee.

18. Semasa remaja, Bruce Lee pernah memenangi Hong Kong Cha Cha Champion.

19. Salah satu pengumpul koleksi Bruce Lee terbesar di dunia adalah seorang Sepanyol bernama Michael Tudela.

20. Dari semua filem Bruce Lee yang ada, hanya Way Of The Dragon yang benar-benar menggambarkan Bruce Lee secara keseluruhan. Dalam filem ini Bruce Lee mengambil alih semua aspek dari mengarah sampai mengisi muzik. Ia memainkan salah satu perkusi dalam muzik awal filem ini. Dalam filem ini musuh akhir Bruce Lee ialah Chuck Norris, mengambil lokasi di Rom, Itali. Pada klimaksnya Lee bertarung dengan Chuck Norris dengan latar colloseum, yang sebenarnya palsu (buatan tangan di Hong Kong), kerana mereka tidak diizinkan untuk shooting di dalam colloseum yang asli.

21. Setelah kematian Bruce Lee, munculah Bruce-Bruce yang lainnya, diantaranya: Bruce Li, Bruce Liang, Bruce Lo, Bruce Lai, Bruce Lau, Bruce Lei, Bruce Ly dan lain-lain.

22. Jackie Chan waktu belum popular tampil dalam beberapa filem Bruce Lee sebagai stuntman.

23. Dalam set filem Enter The Dragon, seorang figuran menentang Bruce Lee untuk berkelahi, menurutnya Bruce Lee hanya hebat dalam filem saja. Hasilnya, dia menyerah dalam beberapa detik. Khabarnya gambar ini gambar asli konfrontasi itu.

24. Bruce Lee tidak melakukan gerakan-gerakan akrobat dalam filemnya, semua gaya akrobatik dilakukan oleh stuntman, termasuk tendangan sabit ala Guile Street Fighter dalam filem Enter The Dragon yang terkenal ini khabarnya dilakukan oleh stuntman.

25. Dalam filem Game of Death, diceritakan watak Bruce Lee (Billy Lo), seorang pelakon aksi yang terkenal sedang shooting, dalam sebuah pengambilan gambar ada adegan dimana dia ditembak. Seorang stuntman yang menyamar menyabotaj dengan menggunakan peluru sebenar. Namun dalam filem ini Billy Lo hanya bernasib baik saja, pura-pura mati dan balas dendam. Keturunan Bruce Lee? Ya, Brandon Lee, anak lelaki satu-satunya Bruce Lee, dalam shooting filem The Crow maut tertembak peluru sebenar yang seharusnya peluru kosong. Aneh ia boleh kebetulan begini.

26. Banyak orang menyangka filem Game of Death ialah filem terakhir Bruce Lee, sebenarnya filem ini dibuat sebelum Enter the Dragon, namun sebelum diselesaikan, Bruce Lee ditawari Warner Bros untuk menggarap filem seni pertahanan diri terbesar saat itu, Enter the Dragon dan Bruce Lee menerima tawaran ini dan menunda shooting Game of Death. Filem asli Game Of Death garapan Bruce Lee hanya berdurasi 20 minit, ia terlebih dahulu meninggal sebelum melanjutkan shooting film ini. Dalam filem ini dia main dengan salah seorang muridnya, pemain bola keranjang NBA yang terkenal, Kareem Abdul Jabar.

27. Pertunjukan one inch punch dalam pertandingan karate lainnya, di sini terlihat seorang ahli karate mencuba teknik ini, namun tidak dapat dan ketika giliran Bruce Lee...

28. Bruce Lee sangat senang bercanda dan show off pada penggambaran filem. Dalam salah satu rehat shooting episod Green Hornet, dia melakukan tendangan ke arah kepala seorang krew dari belakang, pada saat bersamaan si krew itu membalik dan terkena tendangan Lee. Ia menderita dislocated jaw dan dibawa ke RS terdekat.

29. Salah satu adegan kegemaran Bruce Lee ialah menendang bohlam lampu sambil meloncat. Dalam filem Marlowe (1969) ketika belum begitu terkenal, dia melakukan adegan ini, dan kemudian mengulangi kembali sequence ini dalam filem garapannya sendiri 'Way of the Dragon' (1972).

30. Dalam film Enter the Dragon, Bruce Lee mengalami kesialan, diantaranya: Dalam adegan dimana Bob Wall menyerang Lee dengan botol pecah, tanpa sengaja tangan Lee terkena dan mengalami luka sobek yang cukup dalam sehingga harus dijahit. Dan dalam adegan Lee menangkap ular cobra, dia terkena gigitan, untungnya bisa ular itu sudah dihilangkan. Yang paling sial ialah Bruce Lee meninggal sebelum filem ini ditayang untuk umum, jadi dia tidak tahu betapa berjayanya filem ini yang menjadi ikon filem seni pertahanan diri sepanjang sejarah abad 20.

31. Banyak yang tidak tahu bahawa Sammo Hung pernah melakonkan satu babak dengan Bruce Lee dalam filem Enter the Dragon. Untuk ukuran segemuk itu, Hung cukup lincah dan mampu melakukan back flip. Adegan ini diletak di depan filem Enter the Dragon, namun sebenarnya adegan ini di-shoot terakhir dalam film. Dapat dilihat Bruce Lee lebih kurus dalam adegan ini dibandingkan babak lain dari filem yang sama, kerana overwork dan kurang tidur, mungkin kurang makan juga.

32. Adegan klimaks 'mirror room' dalam filem Enter the Dragon ideanya ditemukan dengan tidak sengaja. Ketika itu pengarah Robert Clouse sedang fikir adegan apa yang bagus untuk klimaks filem ini. Secara kebetulan, dia sedang makan di China Town, ia melihat kaca-kaca dan orang yang lewat di situ terlihat jadi menarik dan unik gerakannya. Dia lalu mengaplikasikannya pada filem.

Tontoni The Legend of Bruce Lee Sepanjang Bulan Disember Ini

Tontoni The Legend of Bruce Lee sepanjang bulan Disember ini di 8TV, Malaysia kerana banyak terdapat episod & babak yang menarik. Antaranya, kisah Bruce Lee membuat persembahan pada pertandingan karate sedunia dengan memperkenalkan seni pertahanan diri ciptaannya iaitu jkd, kisah Bruce Lee menjadi bintang filem terkenal, babak aksi jkd, babak The Green Hornet, babak Fist of Fury, babak Game of Death dan lainnya. Ini kerana juga, bulan Disember ini, drama ini akan berakhir penayangannya. Iaitu pada 25 Disember 2008, episod 40, episod yang terakhir. Pada episod akhir nanti, akan dipaparkan kisah kematian Bruce Lee. Jadi, anda sentiasalah ikuti episod-episod menarik dalam drama ini sepanjang bulan Disember ini sambil menyelami falsafah Bruce Lee yang begitu banyak sekali dipaparkan dalam drama ini.

Minggu, Oktober 19, 2008

The Legend of Bruce Lee (Episod 1)



The Legend of Bruce Lee (Episod 1) di 8TV, Malaysia, 8.30 malam, setiap Isnin hingga Jumaat. Yang bermula pada 17 Oktober 2008, Jumaat lalu.

Kamis, Juli 10, 2008

Jadi Seperti Buluh...


“Jangan menjadi pohon kaku yang mudah patah. Jadilah buluh yang mampu bertahan melengkung melawan terpaan angin.” (Bruce Lee)

Senin, Maret 31, 2008

The Legend of Bruce Lee (2008), Filem Bersiri


Televisyen negara China membuat filem bersiri 40 bahagian tentang kehidupan tokoh kung fu terkenal, Bruce Lee.


Filem bersiri berjudul The Legend of Bruce Lee dibuat di lokasi China selatan dan dibintangi aktor Chan Kwok-kwan, yang mengatakan dia "gugup tetapi juga gembira" tentang peranannya itu.

Bruce Lee, yang lahir di San Francisco, terkenal sebagai aktor filem kung fu dari 40 filem termasuk Enter the Dragon.

Dia meninggal dunia di Hong Kong tahun 1973 pada usia 32 tahun, setelah menderita pembengkakan pada otak.

Pengambilan filem bersiri ini dimulai akhir pekan lalu di Shunde, di provinsi Guangdong, tempat muzium Bruce Lee dibuka lima tahun lalu.

Ayah dan abang Lee juga lahir di kota itu, namun Bruce Lee hanya satu kali mengunjungi kota itu semasa hidupnya, pada usia lima tahun.

Produksi filem itu diertikan sebagai cara bagi mempromosikan kebudayaan Cina di peringkat antarabangsa menjelang Olimpik di Beijing tahun 2008.

Kantor Berita Xinhua mengatakan siri televisyen yang mendapat dana 50 million yuan (£3,3 juta) ini sebahagian juga akan difilemkan di Hong Kong dan Amerika Syarikat.