Sabtu, Juli 31, 2010

Filem Bruce Lee, My Brother Akan Datang November Ini

Adik Bruce Lee, Robert Lee (kanan) & pengarah, Yip Wai-Man

BEIJING: Sebuah filem biografi tentang Bruce Lee berjudul Bruce Lee, My Brother akan ditayangkan pada bulan November ini sebagai penghormatan sekaligus peringatan 70 tahun lahirnya aktor China yang sudah dianggap pahlawan tersebut.

Menurut laporan M1905.com, Rabu (12/5), pembuatan filem Bruce Lee, My Brother diharapkan akan dimulai pada akhir bulan depan dan dijadualkan untuk tayangan sebelum 27 November, yang merupakan tanggal lahir pelakon dan pencipta seni bela diri jeet kune do tersebut.

Filem ini akan menceritakan kisah Bruce Lee sebelum dirinya menjadi bintang, dengan penyanyi asal Hong Kong Aarif Lee sebagai watak Bruce Lee muda. Terpilihnya Aarif Lee menjadi watak Bruce Lee setelah produser filem tersebut, Manfred Wong merasa terpikat dengan penampilannya dalam filem drama keluarga Echoes of the Rainbow. Wong mengaku, saat melihat Aarif Lee dalam filem tersebut ia teringat dengan Bruce Lee dan berfikir bahawa Aarif adalah pelakon yang ideal untuk watak tersebut.

Aarif sendiri merupakan pelakon peraih Pendatang Baru Terbaik tahun ini di festifal filem Hong Kong pada bulan April lalu melalui penampilannya dalam Echoes of the Rainbow. Selain Aaarif, dua bintang lain yang akan berlakon dalam filem tersebut ialah Karen Mok dan Tony Leung Ka-Fai yang akan berperanan sebagai orang tua Bruce Lee. Filem ini sendiri akan diarahkan oleh Yip Wai-Man, yang juga menjadi asisten sutradara dalam filem Bodyguards and Assassins.

Bruce Lee merupakan bintang China kelahiran 27 November 1940 yang meninggal muda dalam usia 32 tahun.