Kamis, Juli 10, 2008

Jadi Seperti Buluh...


“Jangan menjadi pohon kaku yang mudah patah. Jadilah buluh yang mampu bertahan melengkung melawan terpaan angin.” (Bruce Lee)

Senin, Maret 31, 2008

The Legend of Bruce Lee (2008), Filem Bersiri


Televisyen negara China membuat filem bersiri 40 bahagian tentang kehidupan tokoh kung fu terkenal, Bruce Lee.


Filem bersiri berjudul The Legend of Bruce Lee dibuat di lokasi China selatan dan dibintangi aktor Chan Kwok-kwan, yang mengatakan dia "gugup tetapi juga gembira" tentang peranannya itu.

Bruce Lee, yang lahir di San Francisco, terkenal sebagai aktor filem kung fu dari 40 filem termasuk Enter the Dragon.

Dia meninggal dunia di Hong Kong tahun 1973 pada usia 32 tahun, setelah menderita pembengkakan pada otak.

Pengambilan filem bersiri ini dimulai akhir pekan lalu di Shunde, di provinsi Guangdong, tempat muzium Bruce Lee dibuka lima tahun lalu.

Ayah dan abang Lee juga lahir di kota itu, namun Bruce Lee hanya satu kali mengunjungi kota itu semasa hidupnya, pada usia lima tahun.

Produksi filem itu diertikan sebagai cara bagi mempromosikan kebudayaan Cina di peringkat antarabangsa menjelang Olimpik di Beijing tahun 2008.

Kantor Berita Xinhua mengatakan siri televisyen yang mendapat dana 50 million yuan (£3,3 juta) ini sebahagian juga akan difilemkan di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Minggu, Desember 23, 2007

Jadi Seperti Air...


"Jika awak cuba menghafal, awak akan kalah. Kosongkan fikiran. Jadi seperti air. Jika awak letakkan air dalam cawan ia akan berbentuk cawan. Dimasukkan teko ia berbentuk teko. Air boleh mengalir, merangkak, menitik atau melanggar. Airlah teman saya" - Bruce Lee

Kamis, Desember 20, 2007

Jeet Kune Do, Ciptaan Bruce Lee

Jeet Kune Do (JKD) bermaksud cara menahan pukulan. Ia dicipta oleh Bruce Lee pada tahun 1967. Semasa itu, Bruce Lee mengalami kecederaan tulang belakang yang serius. Selepas itu, semasa dalam proses penyembuhan, beliau pun terfikir hendak mencipta seni mempertahankan diri yang baru.

Jeet Kune Do bukanlah sebuah gaya kungfu baru atau karate yang baru. Menurut Bruce Lee, pemahaman seni mempertahankan diri pada akhirnya bererti pemahaman mengenai diri sendiri.Harus ditekankan bahawa jeet kune do semata-mata hanyalah nama, suatu cermin yang merefleksikan keperibadian kita. Konsepnya adalah membebaskan pengikutnya dari terikut setiap gaya manapun. Dengan kepakaran Bruce Lee dalam Wing Chun, beliau telah gabungkan dengan beberapa seni tempur yang lain seperti Tinju Barat, Lawan Pedang, Jiu Jitsu dan sebagainya. Cuma satu saja seni tempur yang beliau tak sempat masukkan iaitu silat.

Peraturannya yang paling terkenal ialah "menyerap apa yang berguna, menolak apa yang sewajarnya diambil." Jeet Kune Do menitikberatkan kesederhanaan. Pengikutnya melihat jeet kune do sebagai satu sudut pandangan berbanding sebagai sebuah pusat pembelajaran seni mempertahankan diri atau gaya seni mempertahankan diri.

Jeet Kune Do merupakan seni mempertahankan diri yang mengamalkan bentuk pertarungan bebas dimana ianya memberi peluang kepada pengamal menjadi seorang yang kreatif dalam mengembangkan jeet kune do.

Jeet Kune Do merupakan inovasi campuran gaya pertarungan dan integrasi daripada gerakan pelbagai disiplin lain. Ianya menekankan pergerakan mengikut aliran pukulan lawan maknanya si pengamal jeet kune do akan menahan setiap pukulan lawannya sebelum dia dapat diapa-apakan.

Jeet Kune Do tiada batasan, ia adalah bebas. Dalam pepatah zen, jeet kune do tidak ada yang lebih baik atau tidak ada yang lebih buruk.