Sabtu, Juli 31, 2010

Filem Bruce Lee, My Brother Akan Datang November Ini

Adik Bruce Lee, Robert Lee (kanan) & pengarah, Yip Wai-Man

BEIJING: Sebuah filem biografi tentang Bruce Lee berjudul Bruce Lee, My Brother akan ditayangkan pada bulan November ini sebagai penghormatan sekaligus peringatan 70 tahun lahirnya aktor China yang sudah dianggap pahlawan tersebut.

Menurut laporan M1905.com, Rabu (12/5), pembuatan filem Bruce Lee, My Brother diharapkan akan dimulai pada akhir bulan depan dan dijadualkan untuk tayangan sebelum 27 November, yang merupakan tanggal lahir pelakon dan pencipta seni bela diri jeet kune do tersebut.

Filem ini akan menceritakan kisah Bruce Lee sebelum dirinya menjadi bintang, dengan penyanyi asal Hong Kong Aarif Lee sebagai watak Bruce Lee muda. Terpilihnya Aarif Lee menjadi watak Bruce Lee setelah produser filem tersebut, Manfred Wong merasa terpikat dengan penampilannya dalam filem drama keluarga Echoes of the Rainbow. Wong mengaku, saat melihat Aarif Lee dalam filem tersebut ia teringat dengan Bruce Lee dan berfikir bahawa Aarif adalah pelakon yang ideal untuk watak tersebut.

Aarif sendiri merupakan pelakon peraih Pendatang Baru Terbaik tahun ini di festifal filem Hong Kong pada bulan April lalu melalui penampilannya dalam Echoes of the Rainbow. Selain Aaarif, dua bintang lain yang akan berlakon dalam filem tersebut ialah Karen Mok dan Tony Leung Ka-Fai yang akan berperanan sebagai orang tua Bruce Lee. Filem ini sendiri akan diarahkan oleh Yip Wai-Man, yang juga menjadi asisten sutradara dalam filem Bodyguards and Assassins.

Bruce Lee merupakan bintang China kelahiran 27 November 1940 yang meninggal muda dalam usia 32 tahun.

Rabu, Juni 30, 2010

Filem-Filem Aksi Seni Pertahanan Diri 2010

Ip Man 2, Donnie Yen
April 2010



The Karate Kid, Jackie Chan
11 Jun 2010



Ong Bak 3, Tony Jaa
Mei 2010



Legend of the Fist The Return of Chen Zhen, Donnie Yen
September 2010


Jumat, April 17, 2009

JKD Bukanlah Sebuah Kelab Peminat Bruce Lee

Beberapa waktu lalu saya ditelefon oleh seorang kawan yang ingin menanyakan betul atau tidaknya khabar bahawa Bruce Lee pernah kalah bertarung ketika menentang seorang guru silat gayong dari Malaysia. Rupanya kawan saya itu membaca di internet, tepatnya disini:
http://www.geocities.com/gayong_utmkl/mahaguru.html

Lebih jauh lagi, ia juga mencuba mengkonfirmasi khabar yang ia baca dari suatu mailing list bahawa Bruce Lee pernah datang ke Bogor untuk menentang seorang guru Cimande dan terpental jauh sebelum mampu menyentuh tubuh sang jawara Cimande. Jawapan saya kelihatannya tidak terlalu memuaskan sang kawan. Walaupun khabar-khabar itu terdengar konyol setengah mati, namun saya sebagai orang yg mendalami JKD sama sekali tidak tertarik menanggapinya.

Mengapa begitu? Kerana buat seorang penganut JKD, yang sebetulnya patut dikagumi dari Bruce Lee adalah konsep teknik beladiri yg ia susun secara ilmiah, jujur, dan revolusioner. JKD bukanlah sebuah Bruce Lee Fans Club. Bruce Lee bisa saja kalah, K.O, cedera dan lain-lain, tapi konsep JKDnya terbukti telah membuka mata banyak orang yg berani jujur pada dirinya sendiri dengan mempertanyakan berbagai sistem seni bela diri.

Karakter Bruce Lee dalam berbagai filemnya memang sering membuat banyak orang terkecoh. Orang seringkali memberi stigma arogan, angkuh, 'raja kungfu', sok, sombong dll. Hanya dengan menilai karakter Bruce Lee dalam filem-filemnya. Tidak banyak orang yg tahu atau mahu tahu bahawa Bruce Lee sebenarnya orang yg terbuka fikirannya dan banyak belajar kepada orang lain. Ia belajar berbagai aliran Kungfu, ia belajar grappling pada Gene LeBell sang jawara Judo, bahkan Bruce Lee belajar memainkan senjata dari muridnya sendiri Dan inosanto.

Lagi pula, Bruce Lee adalah superstar. Banyak orang berusaha mengasosiasikan dirinya dengan Bruce Lee (pernah mengajari Bruce Lee, pernah meng-KO Bruce Lee dan lain-lain). Selalu ada saja orang yang berusaha 'menumpang ngetop' dengan meletakkan nama Bruce Lee. Tapi sekali lagi, kalaupun Bruce Lee kalah dari orang lain maka justeru itu merupakan berita menggembirakan kerana bererti Bruce Lee belajar banyak dari orang lain.

Kita lebih banyak belajar ketika kita kalah daripada ketika kita menang bukan?

Sikap seperti ini mungkin sulit dimengerti buat beberapa perguruan bela diri lain yg seringkali mengkultuskan guru besarnya. Seorang penganut JKD sejati haruslah kritis, bahkan terhadap Guru Besarnya sendiri. Contohnya, kurikulum JKD sekarang sudah berbeza dengan yang digunakan Bruce Lee pada masa lalu. JKD harus terus dinamis dan kritis. Buat saya, sikap mengkultuskan individu Guru Besar bukanlah sikap perguruan bela diri, sikap seperti itu adalah sikap sebuah Fans Club.

Semoga bermanfaat.

Dipetik dari:
http://jalanpetarung.blogspot.com/2007/07/artikel-jkd-is-not-bruce-lee-fans-club.html

Sabtu, Maret 28, 2009

Kata-Kata dan Falsafah Bruce Lee

“Mengetahui tidaklah cukup, kita harus mengaplikasikannya. Keinginan belumlah cukup, kita harus melakukannya.”

"Memiliki sesuatu yang dimulai dalam fikiran."

"Saya tidak takut kepada sesiapa yang telah mempraktikkan 10,000 tendangan sekali, tetapi saya takut sesiapa yang telah melakukan 10,000 tendangan setiap kali."

"Jika anda terlalu banyak menghabiskan waktu berfikir tentang sesuatu, anda tidak akan pernah boleh melakukannya.

"Kesederhanaan ialah kunci kepada kecemerlangan."

Bruce Lee, Legenda Selamanya





Kamis, Januari 01, 2009

5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack)

5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack) merupakan di antara teknik-teknik Jeet Kune Do (JKD) yang utama & asas. Berikut diterangkan secara lebih lanjut mengenai teknik 5 Jalan Serangan (5 Ways Of Attack) beserta gambarnya sekali.

1. Kombinasi Serangan (ABC - Attack By Combination)
Penting untuk mengetahui berbagai macam kombinasi serangan. Serangan kombinasi harus memperhatikan unsur kesinambungan, jangan sampai mati langkah atau justeru membahayakan diri sendiri.

2. Serangan Pelumpuhan Tangan (HIA - Hand Immobilization Attack)
Cara menyerang dengan mendorong, menarik, dan mengawal
bahagian tubuh lawan. Grappler biasanya memakai model serangan seperti ini, dengan mengawal bahagian tubuh lawannya.







3. Serangan Tidak Terus Progresif (PIA - Progressive Indirect Attack)
Serangan ke arah suatu sasaran namun di tengah jalan berubah menuju sasaran lain. Misalnya: Jab ke arah hidung, di tengah jalan berubah ke arah perut.








4. Serangan Terus Perseorangan (SDA - Single Direct Attack)
Unsur kejutan sangat memainkan peranan penting dalam pelaksanaan teknik ini. Misalnya: Sebuah jab, langsung ke arah hidung lawan
.








5. Lukisan Serangan (ABD - Attack By Drawing)
Tangan turun, kepala mundur, kaki depan maju sedikit atau menendang, ketika lawan memukul, ia shooting dan take down. Teknik-teknik silat juga banyak menggunakan bukaan-bukaan yang sifatnya memancing lawan untuk masuk dan ketika lawan menyerang kita sudah menyiapkan serangan untuknya.






Itulah beberapa teknik yang perlu difahami untuk menyerang dalam perlawanan. Namun perlu diingat bahawa teori tidak pernah cukup untuk difahamkan. Sangat penting sekali untuk dipraktikkan.

Kamis, Desember 25, 2008

Misteri Kematian Bruce Lee & Hari Terakhirnya


Khabar kematian Bruce Lee pada masa itu sangat mengejutkan, bahkan banyak yang tidak percaya.

"Dia sememangnya tidak berharap dapat hidup ke usia tua kerana tidak sanggup berdepan hakikat akan kehilangan semua kepercayaan fizikal yang dicapainya secara perit getir selama ini," kata balunya, Linda Lee Caldwell.

Malah, Bruce Lee yang turut dikenali kerana kepetahannya berfalsafah, juga pernah memberitahu Linda, "Jika mati esok sekali pun, sya tidak pernah menyimpan walau secalit pun rasa kesal. Saya sudah melakukan apa yang diingini. Apa lagi yang anda mahukan daripada hidup ini?"

Mungkin kerana 'masin mulut' Bruce Lee akhirnya mati muda dengan puncanya turut dilingkari misteri. Berbagai spekulasi tentang kematiannya bermunculan, seperti:


1. Dia dibunuh oleh gangster kerana menolak membayar wang keamanan, suatu praktik yang lazim dalan dunia perfileman Hong Kong saat itu.
2. Dia dibunuh anggota kongsi gelap Hong Kong yang marah kerana Bruce Lee telah menyebarkan kung fu kepada semua orang di penjuru dunia.
3. Bruce Lee dikutuk kerana telah membeli rumah berhantu.
4. Kebanyakan orang Cina yakin Bruce Lee tewas kerana terlalu keras berlatih kung fu.

Terlepas dari spekulasi tersebut, akhirnya doktor mengesahkan kematiannya disebabkan oleh Cerebral Edema, otaknya membengkak akibat alahan kepada aspirin yang sering diambilnya.

Video di atas adalah video sebenar suasana pada hari kematian Bruce Lee.